<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3591516287584938619\x26blogName\x3dMy+World.+Who+cares+?\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://dayahpelangi.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://dayahpelangi.blogspot.com/\x26vt\x3d-1831608173744345482', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
"Happiness can be found, even in the darkest of times, if one only remembers to turn on the light." |Dashboard| |Follow|
#Doodling Gadget
Khamis, 24 Januari 2013 9:28 PG








#Alhamdulillah :)
3:07 PG


Assalamualaikum. :) Salam Maulidur Rasul. 
Hari ni hampir genap dua minggu aku putus dengan dia. Pada mulanya aku memang susah nak terima, sebab aku yang buat keputusan. Tapi lama-lama hati aku jadi kosong. Takda perasaan apa pun lagi kat dia. Hati dah tertutup kembali. Hanya akan terbuka untuk yang ikhlas sahaja. Masa aku baru je putus dengan dia, aku kerap menangis. Aku minta maaf kat dia sebab buat dia macam ni. But, dia taknak maafkan aku. :'( Hmm,. Its okeyy.. Tapi sekarang aku sedar, mungkin ada hikmah aku putus dengan dia. Mungkin dia tak pandai hargai aku. Dia langsung tak sabar dengan aku. Selalu aku yang sabar dengan dia. :( Alhamdulillah.. Sebab aku dah putus dengan dia. Hati aku dah tak bercelaru. Hati aku dah tenang. Sekarang aku hanya menanti yang IKHLAS sahaja. :)







#Kata-kata
Jumaat, 16 November 2012 3:41 PTG

Assalamualaikum kawan-kawan. ;) Agak lama saya tak update blog ni. Actually saya ada dua blog tapi saya pilih blog ni untuk menghuraikan idea dan pendapat saya. Okey, hari ni saya dapat satu ayat. Saya tak tahu la sama ada ayat ni sudah digunakan atau belum, but ayat ni saya dapat masa saya tengah terfikir someone*acecece*. Hehe. Apa yang saya akan cakap ialah tentang 'KATA-KATA'. "Kata-kata bukanlah satu permainan yang boleh dimain tetapi ia adalah satu harapan dan perjanjian yang harus ditunaikan." Persoalannya? Kenapa 'kata-kata bukanlah satu permainan'? Kerana bagi saya kata-kata adalah sesuatu yang serius dan ia tidak boleh dipermainkan. Maksud permainan adalah sesuatu yang tidak serius dan ia hanyalah mainan. Oleh sebab itulah saya kata 'kata-kata bukanlah satu permainan.' Kata-kata ibarat satu doa, harapan dan perjanjian. Apabila kita berkata-kata pada seseorang serta merta ia akan memberi harapan dan perjanjian pada seseorang tanpa kita sedar. Oleh itu, berhati-hatilah semasa menghuraikan kata-kata anda pada seseorang kerana ia boleh memberi harapan tanpa kita sedar. Itulah bahayanya kata-kata. Kesimpulannya, "Berfikirlah dahulu sebelum menghuraikan kata-kata."
Sampai disini dulu entri saya kali ini. Selamat bulan November semua. Assalamualaikum.







#Hang Out
Rabu, 24 Oktober 2012 11:23 PG

Hai Uolls, Salam. Hehe, kite dah habis PMR dahh. Horayyy! 
Hohehohe :P Freedom :* Nak pergi mana pun boleh. Tak payah fikir dah pasal PMR. Sakit kepala je. -.-
Hehe, Seminggu lepas habis PMR, apa lagi? Hang Out laaa dengan member. hekhekhek, :D Kami Hang Out bukan berEmpat, Tapi berLapan. Haha.We oulls Hang Out QB, hahaha. Memang lah best, kalau kami berEmpat. Tapi, nak buat macam mana, dah ada yang nak ikot sekali. Kalau nak ikut boleh ja, tapi semua macam tak boleh nak sekepala ja. Pehal? Ni yang malas ni, humm. Takpelah, lain kali nak hang out lagi, nak belanja semua member aku. Hehe, kalau tak nak ikut, LANTAK KAU LAH! Aku belanja mana yang ikut je k. Okeyyy, sempat lagi aku curi gambar we oulls hang out hari tu, :D 


See? Yang pakai tudung tu aku :D Yang tepi-tepi tu member yang suka gelak gila-2. Hahahaha :) Mereka memang sporting habis. :D K, that all. Bye.







#
Isnin, 10 September 2012 7:03 PG

Assalamualaikum. :) Hari ni aku balik sekolah awal dan terus pegi Cyber Cafe. Saja teman kawan aku. Dia nak Online Facebook dia. Aku tak Online pun. Tapi bila dia On je Facebook aku tengok kat home facebook dia ada status yang memberitahu yang salah seorang rakan Facebook ku telah Meninggal dunia. Ya ALLAH, aku terkejut mendengarnya. Tiba-tiba aku terbayang keadaan aku bila saat terakhir nanti. Begitu cara kematian yang ENGKAU beri padanya. Agaknya bagaimana pula cara kematian aku? Ya Allah, aku sangat berdosa. Ya Allah, sedikit sebanyak ENGKAU telah tunjuk pada aku yang kematian akan tiba juga. Ya ALLAH, air mata aku menitis bila mendengar khabar itu. Padahal dia dengan aku tiada apa-apa hubungan. Tapi aku sangat merasa atas kepergiannya.







#Seorang Kakak. -.-
Sabtu, 25 Ogos 2012 6:42 PG

Seorang kakak dan abang mesti nak yang terbaik untuk adik dia kan? Aku seorang kakak dan aku nak yang terbaik untuk adik aku. Adik aku, dia tak faham kenapa aku selalu marah dia, tegur dia. Sebenarnya, aku nak dia sedar dengan apa yang dia buat. Aku nak dia matang. Umur dia dah hampir 13 tahun. Aku nak dia fikir secara matang. Aku tak boleh tengok adik aku kena buli dengan kawan dia. Mulalah aku naik angin bila dengar orang cari pasal dengan adik aku. *nampak tak sayang aku kat dia* Boleh dikatakan setiap hari adik aku kena marah dengan aku. *wakakaka kesian dia* Tapi dia pun lawan balik, mana tak angin aku naik? Mesti naik lahh. Dia tak faham aku. Sebab dia tak ada tanggungjawab. Aku yang sulung. Aku ada tanggungjawab. Aku nak terbaik untuk keluarga aku. Apa-apa jadi, aku terlibat. Aku tak boleh diam bila keluarga aku ada masalah. Bapak aku cakap aku tak boleh saiko adik aku. =.= Aku dah cuba. Tapi adik aku tu tak mau nak masuk dengan aku. -.- Brrr, Ehh, lupa nak bagi tau. Adik aku lelaki lah. :D Sebab tu susah sangat nak control. Brrrr, =.= *sabar, sabar dayah* Adik aku nie dia tak reti nak pilih kawan. Tu lagi satu yang aku selalu beletiaqqq kat dia. *Wakakaka* Entah kenapa, setiap kali apa saja adik aku buat, aku mesti bantah. Akulah pembangkang tu. *Wakakakaka* Bapak aku adakala dia sokong apa yang aku cakap. Weheeee ♥ K lah, tak larat dah nak taip. K bye, Muachh ♥ wehehehe







#Kecantikan Lelaki
Jumaat, 17 Ogos 2012 1:58 PG

Lelaki itu cantik
Bukan hanya pada luaran fizikalnya
Tetapi pada hati nurani
Cantik dalam ketegasan tetapi masih ada kelembutan
Tabah menghadapi rintangan dalam ketenangan
Itulah cantiknya seorang lelaki.
Lelaki yang cantik 
Adalah lelaki yang tidak hipokrit
Yang sanggup mengalirkan air mata untuk ingatan.
Lelaki cantik itu
Masih tersenyum walaupun masalah setinggi gunung
Tetap menerima teguran dengan hati yang terbuka.
Seorang lelaki cantik
Berdiri atas kemuliaan hati
Seperti Muhammad yg ummi
Seperti Yusuf yang suci
Itu adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.







← Older